Projek90Hari: Sihat Malaysia: Selamat Datang ke Projek 90 Hari!!!!
 
:
 
Projek 90 Hari
Rutin Harian
Archives
Penaja
 
« Home

Wednesday, May 16, 2007
Selamat Datang ke Projek 90 Hari!!!!
Hi semua,

Terima kerana melawat blog saya.
Sebenarnya, blog ini ditujukan khas kepada semua rakyat Malaysia (seperti saya) yang gemar malayar Internet sebagai mengisi masa lapang mereka. Walaupun begitu, blog ini juga ada mempunyai tujuannya yang tersendiri.

Salah satu dari tujuan utamanya ialah untuk mengajak semua bloggers ataupun rakyat Malaysia yang berbadan besar (seperti saya...) dalam mengurangkan berat badan mereka yang berlebihan atau dalam erti kata lain, GEMUK!!!

Saya mengaku saya memang gemuk. Saya tidak malu untuk mengatakannya di sini. Dan saya juga tidak peduli kalau ada yang tersinggung dengan gaya bahasa yang saya akan gunakan. Saya nie jenis orang yang straight to the point. Kalau saya ingin katakan anda GEMUK, anda memang gemuk. Tidak ada yang akan disembunyikan di sini.

Saya sendiri dah lali dengan perli dari orang sekeliling yang mengatakan saya gemuk. Hampir 18 tahun saya mendengar perkataan itu. Dan hari ini, kalau anda (orang-orang gemuk!) hendak bersama dengan saya dalam rutin harian projek ini, buanglah segala sensitiviti tue. Just FACE the FACT!

Saya mempunya target saya sendiri. Secara rasminya, saya ingin mengatakan di sini yang saya akan mengurangkan berat badan saya sekurang-kurangnya 5 kilogram sebulan selama 3 bulan. Maknanya saya akan cuba sedaya upaya saya untuk mendapatkan sekurang-kurangnya 15 kilogram. Tetapi, kalau boleh saya nak kurangkan berat saya sebanyak 25 kilogram.

Boleh ker?
Itulah yang saya nak tunjukkan kepada semua warga GEMUK di Malaysia nie.
Kalau saya boleh, kenapa tidak anda. Dan transparentnya, saya tidak akan menggunakan sebarang "pil-pil" ataupun kaedah "shortcut" seperti menatang yang anda lihat dalam TV tuh. Saya akan menggunakan cara ataupun kaedah yang disyorkan oleh pakar kesihatan seperti senaman.... gizi seimbang dan juga minda yang segar.

Lagi satu... bukanlah niat saya untuk menafikan keberkesan produk yang selalu anda lihat di TV itu, tetapi saya ingin gunakan cara yang lebih ekonomi, senang untuk dipraktikkan dan tidak memerlukan apa-apa modal. Saya juga seperti anda... manalah ada duit nak beli semua tu.

Lagipun, cuba lihat pada tempoh projek ini ( 90 hari kan?).
Haaaa.... maknanya tiadalah jalan singkat untuk saya kuruskan badan saya ni. Seperti yang saya katakan tadi, saya ingin lalukan cara yang "realiti" untuk anda bersama-sama dengan saya dalam projek 90 hari nie.

Bagaimana seorang insan GEMUK ( tak kiralah lelaki ker... perempuan ker....cantik ker... tak cantik ker....) yang bekerja seperti saya masih boleh mengurangkan berat badan. Kalau sebelum ni, mungkin anda merasakan susahnya nak kurangkan berat badan... (orang gemuk nie memang banyak alasan..pemalas pulak tu..-macam saya?-)

Saya mempunyai perut yang agak buncit. Ukur lilit pinggang saya hampir mencapai 42 inci. Dada saya juga agak besar (sebab banyak lemak). Tetapi, kalau dilihat dari muka dan juga kaki saya, mungkin anda tidak perasan yang saya nie mempunyai saiz "BADAN" yang memang tan cantik. Kadang-kadang ramai yang terperanjat dengan saiz badan saya.

Perkara ini selalu berlaku pada saya apabila saya menyertai mana-mana kursus. Ketika saya duduk, ramai yang sangka saya mempunyai saiz badan yang agak normal. Tapi, bila saya berdiri... mereka seperti melihat SHREK versi Malaysia. Mereka mula mengatakan "gemuknya lelaki nie...".

Chehhh... saya tak kisah dengan semua itu. Yang penting sekarang ialah azam saya. Untuk pengetahuan anda semua, salah satu lagi sebab utama bagi saya melancarkan projek sihat ini adalah untuk memberikan "pressure" kepada diri saya sendiri. Sebab saya tahu saya nie jenis orang yang macam gitu. Kalau nak diikutkan, saya malas nak buat semua ni sebab takde sesiapa yang boleh memberikan saya semangat untuk menguruskan diri saya. Lainlah masa saya study dulu, ada seorang wanita yang berani mencabar saya. Saya berjaya mengurankan hampir 8 kilo dalam masa sebulan!

Cehh.. itu dulu.. bolehlah. Sebagai seorang student, memanglah saya ada banyak masa. Tapi dah bekerja nie, masa 24 jam rasa macam tak cukup jer. Jadi, dengan itulah saya beranikan diri saya untuk membuat projek nie.

Cubalah anda bayangkan kalau projek 90 hari tak menjadi, alangkah malunya saya.....!!!

Untuk memberikan lebih "thrill" kepada projek ini, saya akan menjadikan badan saya sebagai testimonial saya sendiri. Ertinya, semua cerita dan juga gambar yang saya akan letakkan di dalam blog ini adalah benar belaka. Saya akan melampirkan gambar saya dan semua aktiviti dari hari pertama sehinggalah hari terakhir projek ini dijalankan.

Cuma saya akan "blur" kan gambar muka saya. Jangan pulak anda terperanjat bila melihat bila melihat bentuk badan saya. Saya terpaksa "blur" kan muka saya atas sebab-sebab keselamatan. Saya telahpun mendapatkan khidmat nasihat dalam hal ini terlebih dahulu.

Tetapi, saya mungkin akan menunjukkan muka saya setelah selesai projek sihat ini. Untuk permulaan, esok saya akan menunjukkan antara tempat-tempat yang akan saya pergi untuk jogging nanti.

Dimana tempat itu dan bilakah projek ni akan bermula?
Saya tinggal di Johor Bahru, jadi disinilah saya akan berada. Bila projek ini akan bermula..?

Mungkin esok? lusa? atau tulat?
Jawapannya senang saja. Untuk mengetahui bila ia akan bermula, silalah isikan email anda di dalam petak yang telah disediakan di bahagian kanan blog ini. Dengan berbuat begitu, anda bolehlah mengikuti rutin harian saya walaupun di tempat kerja. tapi, janganlah anda berasa jijik pula bila melihat badan saya nanti yea...

Senang bukan?
Opsss... yang pastinya, projek ini akan bermula dalam jangka masa yang amat dekat!

Jumpa lagi!!!!!
posted by Budakgemuk 10:40 PM  

If you like this article, you may save and share it here: add to del.icio.us add to Digg it! add to technorati add to Yahoo MyWeb

 

4 Comments:
  • At 3:56 AM, Blogger mob1900 said…

    Gua sokong sama lu!
    Give it your best!

     
  • At 1:14 PM, Anonymous Anonymous said…

    haaa... lu pun best gak...
    lu orang pertama yang sokong projek nie...!

     
  • At 8:34 PM, Blogger mob1900 said…

    Maklumlah, kalau kite berdua 'seboat', karam tu... kekeke

     
  • At 11:32 PM, Blogger PeZaL H.E.O said…

    good effeort, creative and i'll support u and sure all malaysian will give support

     

Post a Comment

 

 
Laporan Harian
Penaja Platinum
Translate