Projek90Hari: Sihat Malaysia
 
:
 
Projek 90 Hari
Rutin Harian
Archives
Penaja
 

Friday, June 01, 2007
Cubaan....
Hari ini memang satu hari betul-betul menduga kesabaran selera saya. Mana taknya, emak saya telah memasak gulai asam pedas dan juga gulai lemak nenas..... fuhhh..!

Dia punya bau jer dah cukup terangkat, ditambah pulak dengan ikan kering sepat yang emak sediakan. Memang tak dapat bayangkan dia punya sedapp. Tuhan jelah yang tahu apa yang ada dalam hati ni. Dan lagi, entah apa angin emak hari nie.. siap ada kerabu mangga .......!

Kalau ikutkan hati, nak ajer saya tambah 3 kali. Tapi, cukuplah sekadar sekali makan jer. Bukan apa, takut kalau jogging nanti.. pancit pulak. Dahlah asyik hujan petang jer...jogging pun kadang-kadang.

Harap minggu depan cuaca baik sket. Bolehlah jogging... bolehlah shopping. Shopping? Yea... saya bercadang nak beli satu kasut jogging selama nie saya pakai kasut futsal. Lagipun, kan ker dah gaji?

Futsal?
Saya tak pernah main futsal tapi saya suka dengan design kasut futsal. Tulah pasal saya ada kasut futsal....

Kenapa tak main futsal?
Macam mana nak main... saya nie bercermin mata. Kalau tak pakai cermin mata, tak nampak bola.. kalau pakai cermin mata, macam-macam boleh berlaku pada mata saya. Saya hampir mencederakan mata saya dulu apabila bola terkena cermin mata. Lebam lah dalam 2-3 hari. Masa tu di tingkatan 4.....

Esok hari Sabtu, saya nak rest kat rumah laaaa....maybe Ahad saya pergi jogging. Selalunya saya berjogging petang, tapi kalau takde hal pagi Ahad nie, saya ingat nak jogging pagi la.....

Jumpa lagi!
posted by Budakgemuk 10:29 PM   0 comments

If you like this article, you may save and share it here: add to del.icio.us add to Digg it! add to technorati add to Yahoo MyWeb

 

0 Comments:

Post a Comment

 


Thursday, May 31, 2007
Cuma 1.8 kg sahaja!
Satu berita baik untuk saya. Setelah mencuba untuk menurunkan berat badan, akhirnya say a berjaya menurnkan berat badan saya sebanyak 1.8kg. Pada saya, ianya bolehlah dikirakan sebagai okey sebab dalam minggu lepas.. banyak kali saya terpaksa "langgar" schedule saya sendiri.

Kebanyakan jadual saya semuanya lari disebabkan oleh faktor cuaca. Jogging routine saya banyak kali terbatal. Dari segi diet saya, semuanya on track. Sekarang, untuk makan petang, saya telahpun menukar menu saya kepada oat.

Kadang-kadang saya mula terfikir betapa beruntungnya rumah yang ada banyak anak tangga kan? Bolehl;ah exercise sket walaupun hari hujan kan?

Dan lagi, satu lagi fakta baru yang amat menarik perhatian saya ialah tatacara bersenam di gymnasium yang telah dipaparkan dalam ruangan kesihatan akhbar Kosmo hari ini. Ia ada menyebut adalah bagus kalau kita hanya menghabiskan sedikit masa sahaja daripada berjam-jam di dalam gymnasium.

So anda tahu apakah maksudnya itu?
posted by Budakgemuk 12:06 AM   0 comments

If you like this article, you may save and share it here: add to del.icio.us add to Digg it! add to technorati add to Yahoo MyWeb

 

0 Comments:

Post a Comment

 


Monday, May 28, 2007
Projek Sihat Dah Tak Sihat.
Hmmmm... itulah yang berlaku pada saya sepanjang 3 hari ini. Saya tak update langsung blog saya sebab nak tengok monitor pun takde mood. Lagipun, mata saya akan berair bila lama sangat menatap monitor tu.

Saya asyik selsema jer dalam 2-3 hari ini. Kalau nak pergi ke cyber cafe pun, memang tak larat sebab cyber cafe tu penuh dengan asap rokok. Dan lagi, air cond pun saya tak suka kalau dah sakit nie.

So sekarang anda semua paham-paham jelah dengan tajuk yang di atas tu yea... musim hujan begini memang cubaan betul. Doktor pun kaya-raya lah musim sakit nie...!

Bersambung lagi esok .....
posted by Budakgemuk 9:55 PM   0 comments

If you like this article, you may save and share it here: add to del.icio.us add to Digg it! add to technorati add to Yahoo MyWeb

 

0 Comments:

Post a Comment

 

 
Laporan Harian
Penaja Platinum
Translate