Projek90Hari: Sihat Malaysia: Rutin Hari Ini (22hb May).
 
:
 
Projek 90 Hari
Rutin Harian
Archives
Penaja
 
« Home | Laporan Terdahulu » | Laporan Terdahulu » | Laporan Terdahulu » | Laporan Terdahulu » | Laporan Terdahulu »

Tuesday, May 22, 2007
Rutin Hari Ini (22hb May).
Hari ini kira hari paling best laaaaa.
Semua rutin yang saya plan malam tadi telah dapat saya ikuti dengan tepat dan berjadual. Tapi, taklah begitu accurate sangat deengan aktiviti yang telah dibuat. Dan saya jugak ada terlanggar pantang larang yang sungguh men-tension-kan saya.

Apa dia?
Ianya tentang diet sarapan saya. Ya... pagi ini, saya dengan ghairahnya telah memakan NASI LEMAK...!!! Fuhhh.... kalau nak ikutkan sedap, memanglah sedap. Tapi bila difikirkan kalori yang telah masuk ke dalam badan saya.... aiseymen... kacau betullah.

Tengah hari:
Kalau semalam saya mengambil 2 senduk nasi, hari saya hanya mengambil 1 senduk nasi sahaja. Dan pulak, saya hanya makan ikan bakar. Takdelah banyak sangat minyak sebagaimana ikan goreng. Saya yang bakar sendiri ikan tu.

Petang:
Haaa... di sini saya nak berkongsi sedikit tentang perihal jogging saya petang tadi. Seperti yang disebutkan saya di permulaan ayat, hari nie kira best sangat sebab larian saya dah boleh maintain 2 kilometer. Pada mulanya saya tak sangka saya boleh buat larian macam tu, tapi bila saya sendiri dah buat.. saya amat yakin untuk teruskan larian saya. Hari ini, saya berjogging di Kebun Bunga Istana Bukit Serene. Ramai jugak orang.... kira meriah gitu.

Lepas jogging, saya hanya mengambil 100 Plus dan 2 ulas buah tembikai susu.

Malam:
Pada masa saya menulis entry nie, saya belum lagi makan apa-apa. Tak lapar sebab penat jogging tadi masih lagi terasa. Cuma saya akan makan roti jer kot untuk malam ni.

Kalau saya sempat bangun awal pagi esok, saya akan pergi jodding lagi walaupun untuk satu kilometer. Petang pun saya nak pegi jogging jugak. Saya nak sangat melihat penurunan berat badan saya minggu depan. Timbang pun dah beli kan?

Jumpa lagi esok!
posted by Budakgemuk 9:41 PM  

If you like this article, you may save and share it here: add to del.icio.us add to Digg it! add to technorati add to Yahoo MyWeb

 

0 Comments:

Post a Comment

 

 
Laporan Harian
Penaja Platinum
Translate