Projek90Hari: Sihat Malaysia: Thursday, May 17, 2007
 
:
 
Projek 90 Hari
Rutin Harian
Archives
Penaja
 

Thursday, May 17, 2007
Warm up...warm up...!!!
Ini adalah gambar-gambar tempat jogging yang akan saya pergi.

Kenapa jogging?
Sebab jogging ni memang boleh test stamina kita. So sebagai hari pertama esok, saya akan berjogging dulu untuk test stamina saya. Saya pernah test stamina saya (pada berat yang sebegini) dan saya memang boleh berjogging dalam 2 km.

Macam mana?
Senang jer, dulu kalau sekali berlari ..... saya akan berlari 2 kali mengelilingi Stadium Larkin. Habis citer. Tapi, takdelah saya akan berlari sampai 2km esok. Cuma setakat nak tau stamina saya je.

Ini adalah calon-calon tempat yang akan menjadi bukti untuk saya membuang semua peluh-peluh dan lemak-lemak yang tak diperlukan. Wakakaka...

Dataran Bandaraya Johor Bahru?
















































Taman Linear?












































Kebun Bunga Istana Bukit Serene?






























posted by Budakgemuk 9:38 PM   1 comments

If you like this article, you may save and share it here: add to del.icio.us add to Digg it! add to technorati add to Yahoo MyWeb

 

1 Comments:
  • At 11:00 PM, Blogger mob1900 said…

    Tak kisah sangat mana calon U pilih, asalkan you bawak water-botol(dari Ijok?) dan minyak angin/urut. takut 'collapse' 'cam Bedol kat Lumut kekekeke alrite all the best, bro!

     

Post a Comment

 


Saya Dah Sedia....!
Haa...haa...

Saya dah sedia untuk mulakan projek nie.
Harap takdelah masalah yang akan timbul nanti. Untuk hari pertama saya, dah pun ada seorang Multimedia Developer yang bagi moral support kat saya. Kira dia dah jadi sebahagian dari sejarah projek ni laa. Orang pertama yang bagi comment pun dia jugak. Thanks bro!

So skang apa saya nak buat?
Apa lagi, kiranya hari ni dah mulalah projek ni.
Saya tak perlu nak tunggu sampai awal bulan untuk memulakan projek ni. Kalau hari nie 17hb may, maknanya 17hb Ogos nanti terlaksanalah projek ni.

Mungkin 31hb Ogos ni akan jadi hari yang paling bermakna bagi saya sebab saya dah boleh pakai baju "fit", dah boleh pakai jeans "lumberjacks" favourite saya dan juga dah boleh "belenggeng" kat depan rumah.

Apa itu belenggeng?
Belenggeng tu orang Johor kata tak pakai baju. Maknanya, cuma duduk rumah pakai seluar jer, takpun pakai kain pelekat. Sekarang nie agak segan sikit sebab badan pun dah macam tong drum kan? Buat sakit mata orang memandang jer. Lainlah kalau kat perut nie dah ada "abs".

Apa itu "abs"?
Alaaaaa..... yang ketak-ketak kat perut macam Arnold Schwarzenegger tu. Masa kecik-kecik dulu, saya panggil ketak-ketak kat perut tu "tough".

Jadi untuk hari ini, saya akan survey tempat yang saya akan pergi untuk "warm up". Maklumlah JB nie bukannya macam kat KL sinun. Kat sana ada Tasik Titiwangsa dan macam-macam lagilah.

Anyway, nantikan next rutin saya malam nanti yea...!
posted by Budakgemuk 1:19 PM   2 comments

If you like this article, you may save and share it here: add to del.icio.us add to Digg it! add to technorati add to Yahoo MyWeb

 

2 Comments:
  • At 8:32 PM, Blogger mob1900 said…

    Belenggeng tu pun acara kegemaran gua, tapi gua make sure pintu, tingkap serta lubang tikus rumah gua tutup sebelum I memulakan event ni kakakak maklumler takut neighbour terperanjat mlm-mlm buta!

     
  • At 9:37 PM, Anonymous Anonymous said…

    ahak...hak..hak....

    betul tuh....!

     

Post a Comment

 

 
Laporan Harian
Penaja Platinum
Translate