Projek90Hari: Sihat Malaysia: Rutin Hari Ini (21hb May)
 
:
 
Projek 90 Hari
Rutin Harian
Archives
Penaja
 
« Home | Laporan Terdahulu » | Laporan Terdahulu » | Laporan Terdahulu » | Laporan Terdahulu »

Monday, May 21, 2007
Rutin Hari Ini (21hb May)
Semalam lepas saya timbang berat badan saya, rasanya macam lain macam jer. Mana taknya, 100 kilogram ialah satu angka yang "tak agak-agak" untuk di fikirkan. Cuba bayangkan kalau berat anda sekarang ialah 50 kilogram, kemudian tambahkan lagi "satu badan" kat dalam badan anda... amacam?

Tapi, semua rasa risau menjadi satu benda yang positif lepas saya menonton rancangan masakan di TV3 (kalau tak silap). Saya menonton rancangan tu petang semalam. Saya tak ingat nama rancangan masakan tu. Kalau anda ada paper semalam, cubalah try test tengok. Cuma yang saya ingat ialah rancangan tu dihostkan oleh Chef ZAM dan destinasi masakan itu adalah di negara China (wilayah Islam).

Kenapa boleh jadi positif?
Sebab kalau anda nengok rancangan tu semalam, memang anda terperanjat beruk punya. Chef Zam yang beratnya dulu lebih 100 kilo dah menjadi seperti orang yang beratnya 70 kilo!!!!!!! Ya... saya tak tipu.

Dulu kalau saya ikuti rancangan masakan dia, saya sendiri rasa macam tak cukup nafas dengar celotehnya. Dia sendiri pun semput bagai nak rak bila bercakap. Tapi sekarang dah macam hero hindustan la plak. Dengan misainya yang lebak ala-ala Datuk K tue, saya rasa macam tak percaya.

Makin bersemangat saya untuk meneruskan projek ini.

So inilah rutin diet saya:

Sarapan pagi:
Saya hanya makan roti dengan sardin sahaja.

Tengah hari:
Saya makan nasi dua senduk (selalu 3-4 senduk) dengan ikan goreng.

Petang:
Saya makan kuih 3 biji.

Malam:
Saya makan biskut cecah dengan air.

Nampak macam sedap jer kan?
Tapi kalau ikutkan nafsu, nak ajer saya beli ayam golek petang tadi.
Sabar..... sabar.......arrgghhhhhhh
posted by Budakgemuk 9:18 PM  

If you like this article, you may save and share it here: add to del.icio.us add to Digg it! add to technorati add to Yahoo MyWeb

 

0 Comments:

Post a Comment

 

 
Laporan Harian
Penaja Platinum
Translate